Change Your language

Thursday, December 30, 2010

Menyingkap Mistery Pulau Besar

Sekilas Pandang Tentang Pulau Besar
Hari saya cuba menyinkap Mistery yang terdapat di Pulau besar ini.Pulau Besar ini terletak kira-kira 5km dari persisiran pantai diUmbai Melaka.Keluasan pulau besar ini dianggarkan 168hektar tapi yang tepat tiada sesiapa yang ketahui sebab setiap kali diukur jawapan nya pasti ber beza-beza.Disekeliling pulau besar ini terdapat 5 buah pulau lagi,pulau nangka,pulau undan,pulau dodol,pulau serinbun dan pulau hanyut.

Ramai sekali penggunjung datang kepulau besar ini tak kira bangsa atau ugama.Ada yang datang untuk berkelah dan ada yang juga datang sebab-sebab yang tertentu kerana pulau besar ini di agap pulau keramat bagi setengah pihak mungkin kerana dipulau besar ini terdapat makam wali iaitu makam sultan ariffin syeikh ismail seorang wali allah.

Ini bukan saya tapi saya ambil dari youtube ok,terima kasih pada teman kita ni kerana buat youtube makam sultan ariffin.

Ini video pulau besar ambil dari arah laut.
Misteri Pulau Besar

Misteri Pulau Besar adalah tentang "Makam Keramat",makam yang dikatakan keramat ini adalah makam wali allah sultan ariffin syeikh ismail.














Kebanyakkan orang yang datang kesini mengambil barokah dari makam wali di pulau ini.Saya rasa kalau tiada makam wali di pulau ini tiada siapa yang akan hiraukan pulau ini,itulah kelebihan yang ada dipulau ini dan banyak lagi.

Tempat-tempat Sejarah Negeri Melaka

Di Melaka terdapat banyak tempat-tempat perninggalan sejarah yang sangat terkenal di seluruh negara.Sejarah tentang pulau besar,Hang Tuah pahlawan Melaka,Perigi Hang Li Po,Bekas-bekas tapak jajahan Portugis dan bermacam-macam lagi sejarah yang terdapat di Melaka.

Sekarang ini ramai anak muda kita yang lupa atau buat tak tahu tentang sejarah di Malaysia ni.Jadi saya cuba untuk memberikan pendedahan sedikit tentang sejarah-sejarah yang terdapat di negeri Melaka ni.Bukan apa hanya untuk mengimbas kembali sejarahsejarah lama ni yang makin tidak dihiraukan oleh anak-anak muda sekarang ni.

Tempat-tempat menarik yang banyak sejarah silam di Melaka ni ialah Pulau Besar,saya cuba mencari kisah-kisah dan sejarah pulau besar ini dari orang-orang lama yang tinggal berdekatan dengan pulau ini dan banyak mengetahui tentang sejarah pulau besar ini.

Ini adalah salahsatu video dan gambar yang Pulau Besar dan makam-makam yang terdapat disana.Banyak lagi akan saya ceritakan disini dan saya akan muatkan gambar-gambar tentang pulau ini.tapi hari ini saya rehat dulu sebab nak pergi cari cerita tentang pulau ini.Tunggu kedatangan dan sambungan nya nanti.Teruskan membaca di blog sejarah ini.